Bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik, pihak kami menetapkan minimum penyertaan seramai 30 orang murid yang mengambil pakej penuh.
Pakej Penuh bermaksud setiap pelajar mengambil Pakej A (RM35), Pakej B (RM33), Pakej C (RM25) atau Pakej D (RM23).
Sekiranya bilangan peserta tidak mencukupi, pihak tadika boleh bergabung dengan kelas atau tadika lain yang berdekatan.
Namun begitu, kami faham bahawa setiap tadika mempunyai kekangan tersendiri. Oleh itu, caj tambahan akan dikenakan bagi sekolah yang tidak mencapai jumlah minimum peserta seperti yang dinyatakan.
Harga penuh dan cas tambahan boleh dilihat semasa mengisi borang sebut harga nanti.